A-Life Idaman

Mengenai Produk Ini :
A-Life Idaman, pelan Takaful Keluarga yang dapat memenuhi keperluan perlindungan anda sekeluarga jika berlakunya kejadian yang tidak dijangka. Keluarga adalah antara anugerah yang terindah dan tidak ternilai. Oleh kerana itu, anda ingin memastikan keluarga anda dilindungi sebaiknya walaupun apabila anda sudah tiada.
Pelan ini memberikan anda kebebasan untuk memilih tahap perlindungan dan pilihan perlindungan tambahan mengikut keperluan anda. Anda boleh memilih untuk dapatkan perlindungan perubatan komprehensif dan juga perlindungan sakit kritikal (waiver atau terima bayaran sekali gus).
Sekiranya anda menyertakan perlindungan tambahan A-Plus Health Flex-i dengan pelan ini, anda boleh menikmati perlindungan perubatan yang menyeluruh. Bagi setiap tahun di mana anda tidak membuat tuntutan, sejumlah amaun akan dikreditkan ke dalam Health Wallet anda bagi membolehkan anda menjalani saringan kesihatan, vaksinasi, rawatan pemulihan dan banyak lagi.
Tempoh Perlindungan : Sehingga umur 70 / 80 tahun dengan pelanjutan automatik sehingga umur 100 tahun
Umur Penyertaan :
Sebelum kelahiran: 13 – 35 minggu kehamilan
Selepas kelahiran: 14 hari – 60 tahun
