A-Plus Total Health

Mengenai Produk Ini :

Pelan perubatan yang baik mampu melindungi anda semasa anda memerlukan rawatan perubatan dan juga semasa anda menjaga diri anda supaya kekal sihat. Dengan sebab ini, kami telah memperkenalkan A-Plus Total Health. Ia menyediakan perlindungan perubatan yang menyeluruh dalam melindungi anda daripada kos perubatan yang kian meningkat tanpa perlu risau mengenai sebarang had seumur hidup. Memandangkan mencegah adalah lebih baik daripada merawat, pelan ini juga akan membayar semula kos saringan kesihatan dan vaksinasi dalam membantu anda menentukan keadaan kesihatan anda dan mengenalpasti sebarang tanda-tanda masalah kesihatan serta membantu anda dalam mencegah penyakit.

Anda boleh menambah perlindungan perubatan di bawah A-Plus Total Health kepada pasangan dan anak-anak anda. Untuk membuatnya lebih mudah bagi anda, perlindungan perubatan bagi setiap seorang daripada keluarga anda adalah di bawah satu pelan asas di bawah nama anda.

Apabila anda menyertai pelan A-Plus Total Health dan, pada masa yang sama, mendaftar sebagai ahli AIA Vitality, anda juga boleh menikmati Health Rewards. Health Rewards menawarkan faedah-faedah tambahan seperti naik taraf had bilik dan penginapan hospital dan/atau peningkatan amaun di dalam Health Wallet anda pada setiap tahun tanpa perlu membayar sebarang caruman tambahan.

Tempoh Perlindungan : Sehingga umur 70 / 80 tahun

Umur Penyertaan : 14hari – 60 tahun