A-Plus Health 2

Mengenai Produk Ini :
A-Plus Health 2 adalah satu pilihan rider yang boleh dilampirkan kepada pelan A-Life Link 2 untuk pelan kesihatan komprehensif yang bukan sahaja memberikan perlindungan ketika anda memerlukan rawatan perubatan, malahan melindungi anda ketika anda sihat. Pelan perubatan komprehensif tanpa had seumur hidup yang melindungi anda daripada peningkatan kos perubatan. Ia juga memberikan anda faedah pesakit luar bagi 4 jenis penyakit berjangkit (denggi/bronkitis/pneumonia/influenza) dan manfaat tambahan melalui Health Wallet kami, seperti pemeriksaan kesihatan, vaksinasi dan lain-lain.
Apabila anda membeli A-Plus Health 2 dan mendaftar sebagai ahli AIA Vitality, anda akan menikmati manfaat tambahan untuk Health Rewards seperti pengetepian deduktibel semasa kemasukan ke hospital, peningkatan amaun bilik dan penginapan dan/atau peningkatan amaun dalam Health Wallet anda, tanpa perlu membayar sebarang premium tambahan.
Anda juga boleh nikmati diskaun sekurang-kurangnya 20% ke atas caruman* anda di atas pilihan penjimatan dengan SMART OPTION.
Tempoh Perlindungan : Sehingga umur 70 / 80 tahun dengan pelanjutan automatik sehingga umur 100 tahun
Umur Penyertaan :
Sebelum kelahiran: 13 – 35 minggu kehamilan
Selepas kelahiran: 14 hari – 60 tahun