A-Life Sejuta Makna

Mengenai Produk Ini :

Dengan kos sara hidup yang semakin meningkat kini, kita perlu mempunyai persediaan yang cukup untuk menghadapi sebarang insiden yang tidak terjangka dalam kehidupan.

Dengan pelan A-Life Sejuta Makna, anda boleh menjamin masa depan yang lebih baik untuk keluarga tersayang. A-Life Sejuta Makna merupakan satu pelan takaful keluarga yang memberikan perlindungan terhadap kematian dan Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal (HUMK). Pelan ini menawarkan perlindungan yang tinggi dengan minimum jumlah perlindungan bermula daripada RM1 juta.

Anda juga boleh membuat pilihan daripada pelbagai tempoh pembayaran caruman dan tempoh perlindungan mengikut keperluan dan kemampuan anda.

Tempoh Perlindungan : 10 tahun / 20 tahun / sehingga umur 60 tahun

Umur Penyertaan : 16 – 70 tahun