A-Life Kritikal Protector

a-life kritikal protector

Mengenai Produk Ini :

Diagnosis penyakit kritikal boleh datang pada masa yang paling tidak dijangka. Kita sering terlepas pandang kedudukan kewangan dan fizikal kita selepas dibenarkan keluar daripada hospital. A-Life Kritikal Protector ialah satu pelan takaful yang menyediakan bayaran sekaligus kepada anda jika anda didiagnosis dengan mana-mana penyakit kritikal yang dilindungi, supaya anda boleh fokus pada perjalanan pemulihan anda.

Apabila anda membeli A-Life Kritikal Protector dan mendaftar sebagai ahli AIA Vitality, anda akan dapat perlindungan tambahan melalui Vitality Booster sebagai ganjaran untuk kekal sihat.

Maka sertailah AIA Vitality, program kesihatan dan insurans kami yang unik yang menyokong dan memberi ganjaran kepada anda secara aktif kerana membuat pilihan yang sihat.

Tempoh Perlindungan : Sehingga umur 60 & 70 tahun

Umur Penyertaan : 14hari – 60 tahun

a-life kritikal protector