APA ITU KAD PERUBATAN / MEDICAL CARD?

APA ITU MEDICAL CARD?

Kad perubatan ataupun medical card adalah jaminan yang dikeluarkan oleh syarikat insurans atau pengendali takaful yang membolehkan anda mendapatkan perkhidmatan perubatan tertentu, di hospital-hospital panel secara TANPA TUNAI dengan syarat anda membayar premium untuk pelan anda dan tertakluk kepada jenis liputan perlindungan polisi dipilih

 

BAGAIMANA IA BERFUNGSI?

Kebiasaannya, syarikat insurans atau takaful akan menyediakan beberapa pelan perlindungan perubatan yang berlainan dari segi liputan perlindungan seperti jumlah perlindungan, jumlah harga bilik dan lain-lain. Ini pula akan menentukan harga (premium) bulanan yang perlu dibayar. Syarikat insurans akan mengeluarkan kad perubatan bagi polisi perubatan yang dipilih yang boleh digunakan untuk mendapatkan perkhidmatan di hospital.

Pendaftaran masuk ke hospital dipermudahkan dengan hanya menunjukkan kad perubatan ini selagi perkhidmatan yang diperlukan terkandung di dalam liputan pelan. Bayaran juga tidak perlu dibuat kerana pihak hospital akan dapatkan bayaran perubatan terus daripada syarikat insurans.

 

KENAPA PERLU ADA MEDICAL CARD?

1.    Malang tidak berbau

Pernah dengar MALANG TIDAK BERBAU? Belum ada cara lagi untuk meramal bilakah masanya anda akan ditimpa musibah. Sebaiknya anda bersedia dari SEKARANG.

2.    Mendapatkan rawatan yang pantas

Tidak dinafikan hospital kerajaan sangat bagus, tetapi ianya SANGAT PADAT dengan pesakit-pesakit lain. Adakah anda suka dengan kesesakan ketika anda sedang sakit dan perlu menunggu untuk dirawat berjam-jam lamanya? Pastinya TIDAK bukan?

3.    Elakkan guna duit simpanan

Sangat bagus memiliki simpanan untuk masa hadapan. Adakah anda suka keluarkan duit simpanan anda semata-mata untuk MEMBAYAR bil rawatan di hospital berpuluh-puluh ribu? pastinya TIDAK!

4.    Tak perlu meminta-minta, meminjam 

Anda tahu berapa kos untuk merawat penyakit kanser? Ramai orang TERPAKSA MEMBUAT PINJAMAN dengan bank untuk membiayai kos rawatan yang menelan RATUSAN RIBU ringgit. Anda nak buat pinjaman bank dan mahu menanggung hutang bank pula? Makin bertambah bebanan anda. 

5.    Tak perlu gadai harta 

Mengumpul aset dan harta bukanlah suatu perkara yang mudah! Pastinya anda juga tidak mahu ASET-ASET DAN HARTA BENDA TERGADAI semata-mata untuk membiayai kos rawatan di hospital.

 

TAHUKAH ANDA BERAPA KOS PERUBATAN YANG DIPERLUKAN UNTUK MERAWAT SAKIT-SAKIT TERTENTU DI HOSPITAL SWASTA? 

Saya tidak menafikan, fasiliti di hospital kerajaan memang lebih murah kerana adanya subsidi perubatan tetapi masih ada sejumlah amaun yang perlu di tanggung sendiri. Dan memang tidak di nafikan rawatan yang disediakan juga bagus, dan adakala, rawatan tertentu hanya boleh didapati di hospital kerajaan sahaja (kes terpencil), tetapi pesakit sering kali terpaksa menunggu giliran yang lebih lama untuk dapatkan rawatan kerana kesesakan jumlah pesakit yang semakin tinggi.

Setidak-tidaknya, jika anda ada medical card sendiri, anda ada pilihan untuk dapatkan rawatan di mana-mana hospital.

Anda boleh saja menyimpan wang sendiri untuk perubatan dan kenapa pula anda perlukan kad perubatan? Jika anda simpan RM200 sebulan untuk perubatan, bilakah waktunya simpanan anda akan menjadi RM100,000 sekiranya anda jatuh sakit seperti sakit buah pinggang dan memerlukan sejumlah wang rawatan yang besar? Anda memerlukan sekurang-kurangnya 30 tahun simpanan yang konsisten ditambah dengan faedah simpanan berkaitan.

Saya yakin ANDA LEBIH BIJAK membuat pilihan. Anda boleh pilih untuk menyimpan dalam tabung kad perubatan lebih awal SEMASA SIHAT sebelum jatuh sakit untuk tanggung semua kos perubatan anda di HOSPITAL. Buatlah simpanan 5-10% sahaja daripada pendapatan anda untuk tabung kecemasan bersama AIA.

PERANCANGAN KEWANGAN yang tepat adalah perlu bagi MELINDUNGI KEWANGAN dan keluarga anda bagi menghadapi malapetaka yang tidak dapat dijangka oleh mana-mana individu di dunia ini. Justeru itu kita hanya mampu membuat persiapan dalam menangani isu tersebut sekiranya ditimpa musibah.

error: Content is protected !!